
XANDAO (kiri) menjaringkan gol kemenangan 1-0 Sporting ke atas City awal pagi semalam.
LONDON – Dua kelab gergasi England, Manchester United dan City bakal berdepan tugas sukar untuk menempah slot ke suku akhir pada kempen Liga Europa musim ini.
Kedua-dua kelab Liga Perdana England ini tewas mengejut kepada lawan masing- masing pada aksi kalah mati pertama kelompok 16 terakhir pertandingan kedua berprestij di benua Eropah itu.
United mempersia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao, manakala City dikalahkan Sporting Lisbon, 1-0.
Pemain pertahanan Brazil, Xandao menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-51 untuk membantu kemenangan Sporting.
Bagaimanapun pengurus City, Roberto Mancini berkata, beliau tetap yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk mara ke suku akhir.
“Ia bukan suatu kejutan kerana segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak tetapi saya tidak fikir kami patut tewas,” kata Mancini.
“Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami hampir menjaringkan gol. Selepas itu, gawang kami pula dibolosi. Kami masih ada 90 minit untuk bermain dan saya yakin ia akan menjadi suatu aksi yang berbeza.
“Kami masih mempunyai peluang yang besar. Saya harap kami akan memperoleh peluang untuk menjaringkan gol dan kami tidak akan mempersia-siakannya.”
Dalam satu lagi perlawanan, penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-21 tetapi Fernando Llorente berjaya mengikat kedudukan dua minit sebelum rehat.
Oscar de Marcos dan Iker Muniain beraksi cemerlang untuk memberikan kelebi- han kepada kelab Sepanyol itu apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-72 serta 90.
Rooney sekali lagi membuktikan keheba- tannya apabila mudah menyumbat masuk sepakan penalti pada masa kecederaan tetapi jaringan itu tidak cukup untuk membantu kemenangan United.
“Kami telah dikalahkan. Mereka (Athle- tic) adalah sebuah pasukan yang hebat,” kata pengurus United, Alex Ferguson. – Agensi
No comments:
Post a Comment