Thursday, March 8, 2012

Rem Tidak Trauma Selepas Gagal Berkahwin

Rem
KUALA LUMPUR: Penyanyi Rem berkata kegagalannya untuk berkahwin kira-kira tiga tahun lalu tidak meninggalkan trauma pada dirinya ataupun sudah serik untuk berumah tangga jika diizinkan.
Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 37, berkata selepas insiden itu dia lebih selesa untuk menyerahkan urusan tersebut kepada takdir dan ketentuan Tuhan.
“Bukan hendak kata saya sudah trauma atau serik untuk berkahwin tetapi apa yang berlaku sebelum ini banyak mengubah persepsi dan pemikiran saya.
“Pasti ada hikmah mengapa saya tidak jadi berkahwin sebelum ini walaupun perancangan ke arah itu sudah dilaksanakan. Jika ada jodoh, tentulah saya tidak keberatan untuk berkahwin,” katanya ketika ditemui di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.
Penyanyi lagu Semua Orang Tahu itu berkata, insiden tersebut bagaimanapun membuatkan dia lebih relaks dalam menjalani perhubungan dan tidak perlu tergopoh-gapah untuk berkahwin.
“Saya akui sedang menjalin hubungan dengan seseorang tetapi saya tidak mahu gelojoh memikirkan soal kahwin buat masa ini.
“Tiada apa yang perlu dikejarkan kerana saya juga kini sibuk untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian. Biarlah hubungan kami berjalan secara semula jadi,” katanya.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya, Rem berkata dia bakal mempromosikan single terbarunya, Nanti Bila Kaya ciptaan Fyn Jamal secara menyeluruh pada tahun ini walaupun kurang mendapat sokongan daripada pihak radio swasta.
“Lagu itu sudah siap sejak tahun lalu tetapi kurang dikenali kerana tidak mendapat putaran yang menyeluruh daripada stesen radio terutamanya swasta. Pada tahun ini, saya merancang untuk mempromosikan single ini sepenuhnya menggunakan platform Internet dan laman sosial.
“Sebelum ini, promosinya tergendala kerana penerbitan dan promosinya melibatkan kos saya sendiri. Saya berharap sangat promosi menggunakan platform digital ini dapat mendekati golongan muda juga,” katanya.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...