Wednesday, March 14, 2012

Norish Karman Berjaya Peroleh Hak Penjagaan 3 Anak, Pilihan Secara Sukarela

 
Selepas bertarung di’mahkamah lebih tiga tahun, akhirnyaNorish Karman berjaya memperoleh hak penjagaan tiga anak beliau.
Harian Metro hari inimelaporkan yang Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam memutuskan untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepada Norish Karman selepas mendengar pilihan sukarela tiga orang anak beliau.
Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, & Putri Hany Amanda, 8 di’temubual kira kira 30 minit oleh Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin sebelum mahkamah membuat keputusan untuk mereka.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Sebelum ini saya rasa dalam keadaan tak menentu, ya atau tidak mereka akan bersama saya atau sebaliknya,” ujar Norish Karman selepas prosiding awal pagi tadi. 
Norish Karman bercerai dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008 lalu & aktress yang popular dengan drama bersiri Spa Q itu memfailkan tuntutan harta sepencarian serta tuntutan nafkah anak-anak.
@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...