Saturday, March 24, 2012

Namewee Terima Anugerah Di Jepun

namewee

Wee Meng Che atau lebih dikenali dengan nama Namewee dikhabarkan telah menerima anugerah, Most Promising Talent di Osaka Asian Film Festival (OAFF) 2012 di Jepun baru-baru ini.

Menurut sebuah blog hiburan, anak kelahiran Johor itu dipilih di atas kejayaan filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 yang banyak menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia selain mengaut RM7 juta ketika ditayangkan di seluruh negara.

Karya sulungnya ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat begitu kreatif menyatukan semua bangsa di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

Namewee terlebih dahulu dikenali di Youtube kerana mencipta beberapa video klip yang bersifat sindiran dan mengandungi kata-kata kesat yang menyinggung perasaan masyarakat di negara ini.

seri aman kafe, pulai, melaka! klik!

@mediahiburan.karangkraf.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...