Saturday, March 24, 2012

Man Raja Lawak Anggotai Kumpulan Kongsi Gelap?

man
Industri hiburan tanah air kecoh apabila ada pihak mendakwa Juara Raja Lawak musim ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak merupakan seorang ahli kongsi gelap.

Ada pihak mendakwa Man menganggotai kongsi gelap selepas dia dan rakan, Rahim Mat Ali atau Rahim R2 dilihat mengacarakan majlis tertutup anjuran pertubuhan tersebut.

Menurut laporan sebuah akhbar, satu sumber telah memberitahu bahawa Man dan Rahim merupakan antara selebriti tempatan terbaru yang menganggotai pertubuhan itu selepas dilihat mengacarakan majlis tertutup anjuran pertubuhan tersebut. Namun Man Raja Lawak menafikan dakwaan tersebut.

"Saya bukan samseng. Kalau benar saya menyertai dan terbabit dengan sebarang aktiviti kongsi gelap, sila tampil dan tunjukkan bukti," ujar Man yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut kerana gusar jika jawapannya akan menyakiti hati banyak pihak.

Pelawak berusia 33 tahun ini mengakui bahawa dia dan Rahim memang berada pada majlis tersebut kerana dijemput untuk mengacarakan majlis dan bukan untuk menganggotai kumpulan berkenaan.

Azam Cempaka Tailor! Klik!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...