Monday, March 5, 2012

Lisdawati percayakan Fauzi

lisdawati
Semenjak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu, jarang sekali mendengar badai melanda perkahwinan pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Jika ada sekali pun, ia melibatkan cerita-cerita negatif beberapa pihak yang seolah-olah sengaja memburukkan nama Fauzi dengan mengaitkannya dengan isu video lucah, mempunyai hubungan sulit dan beberapa cerita negatif lain.

Biarpun begitu, si isteri tetap meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap suami dan menganggap perkara yang berlaku sebagai fitnah orang luar yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

Tidak berhenti setakat itu, Fauzi baru-baru ini pula dikatakan mengugut untuk mencederakan seorang pengurus produksi dan rakannya yang didakwa masih belum melangsaikan hutang dengan pelakon itu.

Masih lagi berdiri kukuh di sebelah suami, Lisdawati atau mesra disapa Lisda tampil memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.

Menurutnya, Fauzi tidak mengeluarkan kata-kata mengugut sebaliknya hanya meminta hak yang sepatutnya diberikan.

“Sebenarnya sebelum berjumpa dengan pengurus produksi berkenaan, saya ada menemani suami untuk membuat laporan polis mengenai hal penipuan itu.

“Tambahan pula, kami mendapat tahu bukan hanya Fauzi sahaja yang ditipu, malah sebelum ini sudah ramai artis lain yang terkena,” katanya sambil memberitahu si pengurus produksi cuba melarikan diri dengan tidak membalas mesej dan mengangkat panggilan telefon.

Apabila diajukan mengenai hal rumah tangganya yang baru-baru ini kerap dilanda kontroversi, Lisda menganggap perkara itu sebagai dugaan buat mereka suami isteri.

“Kami tidak pernah berniat untuk sengaja cipta kontroversi. Malah, apa yang berlaku adalah ujian untuk kami lebih rapat. Saya percaya dia kerana saya sentiasa ada bersamanya dan kami bahagia bersama,” ujarnya lagi.

Malah menurut Lisda, hubungan mereka bersama anak-anak; Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3, juga tidak terganggu kerana masalah itu.

“Saya cukup gembira melihat perkembangan Farhana yang kini begitu petah bercakap. Kami telah menghantar dia ke pra sekolah sebagai persediaan awal. Malah, Fauzi juga gemar melayan Farhana yang mempelajari bahasa Cina di sekolah,” katanya.


Belajar aksi stunt demi karakter

Enggan terus membelenggu diri dengan cerita negatif mengenai suaminya, Lisda yang sinonim menerima watak sebagai gadis lemah-lembut, mencabar dirinya dengan memilih untuk membawakan watak antagonis dalam filem terbaru arahan Fauzi yang berjudul Pak Pong.

Biarpun sebelum ini pernah melakonkan watak jahat di dalam telemovie, namun dia masih belum puas untuk menunjukkan sisi lain dalam lakonannya bagi memberi lebih variasi kepada karakter yang diterima.

Mengakui ingin lari sementara daripada watak baik yang sering dilakonkan, Lisda berterima kasih kepada suaminya kerana memberikan watak yang sebelum ini tidak pernah terfikir untuk dibawakan olehnya.

Menurutnya, tuntutan watak sebagai Jin Tanah untuk filem Pak Pong memerlukannya mempelajari aksi pertarungan dan lasak bagi memperlihatkan kelainan dalam karakter lakonannya.

“Jika sebelum ini saya banyak diberikan watak-watak baik, namun kali ini watak saya dalam filem Pak Pong memerlukan saya menjadi Jin Tanah.

“Walaupun cuma ada dua babak sahaja dalam filem itu yang memerlukan saya bertarung dengan kumpulan bunian, tapi saya anggap ia satu karakter yang mencabar untuk saya persembahkan bagi memberi ekspresi pertarungan yang mantap,” katanya yang kini giat
mendalami kemahiran aksi lasak, persediaan untuk lakonannya pada masa akan datang.

“Fauzi ada memberitahu, jika saya tidak gayat dia akan tawarkan watak lain yang memerlukan saya bertarung selepas siap filem Pak Pong. Buat masa sekarang, saya masih lagi dalam latihan meningkatkan stamina.

“Malah, sebagai persediaan untuk filem ini juga saya telah menjalani latihan selama tiga minggu sehingga ada kalanya saya perlu melakukan aksi pusing-pusing di dalam air. Ada juga latihan yang menyebabkan kepala saya terhentak, namun saya anggap ia sebagai
pengalaman bagi mendalami karakter dalam filem itu,” katanya yang juga tiada masalah gayat.

Selain sibuk mempelajari aksi stunt, ibu kepada dua orang anak ini juga giat keluar masuk ke gimnasium bagi meningkatkan stamina.


Pernah dimarahi Fauzi

Sungguhpun bekerja di bawah arahan Fauzi, namun itu bukan platform untuk Lisda mendapatkan layanan istimewa daripada suaminya itu.

Menurut Lisda, dia juga seperti pelakon lain yang kadangkala turut dimarahi apabila mood atau karakter ditonjolkan tidak sampai pada pengarah.

“Di set penggambaran, saya dan Fauzi tidak berkepit langsung kerana saya faham tuntutan tugas dia sebagai pengarah. Bahkan, kami profesional dalam bekerja. Tambahan pula, Fauzi telah mengingatkan kepada saya supaya tidak terbawa-bawa apa yang berlaku dalam
hubungan kepada kerja.

“Ada ketikanya Fauzi akan memarahi saya di set penggambaran kerana dia tidak nampak watak jahat yang cuba saya tonjolkan. Malah, dia memaksa saya menjadi keras dalam filem ini. Bagaimanapun, saya faham tugas dia kerana dia lebih tahu apa yang diperlukan,” katanya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...