Tuesday, March 27, 2012

Iron Lady Akui Kesal Ceburi Politik

Iron Lady Akui Kesal Ceburi Politik


London – Beliau terkenal dengan gelaran wanita kebal, namun bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher mengaku menyesal menceburi bidang politik kerana ia memberikan kesan yang besar ke atas keluarganya.
Pendedahan mengejutkan itu dimaklumkan oleh Thatcher kepada seorang Ahli Parlimen Parti Konservatif, Lord Spicer.
Beliau menyatakan demikian dalam pertemuannya dengan Spicer pada 1995.
Perkara tersebut didedahkan oleh Lord Spicer dalam sebuah akhbar.
Thatcher selama ini mendapat sokongan padu daripada suaminya, Denis sehingga lelaki berkenaan meninggal dunia pada 2003.
Pasangan itu memiliki sepasang cahaya mata kembar iaitu Sir Mark dan Carol yang merupakan seorang wartawan.
Namun anaknya, Mark terkenal dengan reputasi kasanova dan pernah menghilangkan diri selama enam hari ketika rali Paris-Dakar berlangsung.
Mark menetap di Sepanyol dan hanya mengunjungi ibunya itu setiap empat hingga enam minggu sekali.
Sementara kembarnya, Carol pula pernah muncul dalam rancangan realiti I’m A Celebrity Get Me Out Of Here pada 2005.
Berdasarkan laporan, Carol adakalanya berbulan-bulan tidak mengunjungi ibunya yang berusia 86 tahun.
Iron Lady ini sudah menjadi warga emas dan dalam keadaan nyanyuk.
Thatcher mempunyai dua cucu namun mereka menetap di Texas bersama bekas isteri Mark, Diana.
Ketika memerintah Britain, Thatcher terkenal kerana berjaya menukar Britain daripada sebuah negara kebajikan di bawah tajaan Parti Buruh yang hampir lumpuh, menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi berdaya saing.


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...