Siapa yang tidak tahu mengenai berita yang sedang tersebar di dalam industri hiburan sekarang? OHBULAN! pasti umum tahu bahawa Fasha Sandha kini dalam proses untuk mendirikan rumah tangga bersama Jejai.
Namun begitu, sebelum berlangsung majlisnya lagi sudah timbul kontroversi seperti Fasha Sandha pilih bulu dan hanya menjemput rakan media yang rapat sahaja. Namun itu telah dijelaskan semalam kenapa dia bertindak begitu.
“Saya bukannya memilih media, namun saya cuma mahukan yang terbaik dan setiap media ada dijemput wakil tertentu,” jelas Fasha Sandha.
Fasha turut menjelaskan kesemua apa yang dilakukan olehnya adalah atas permintaan bakal suaminya yang mengehadkan jemputan kerana khuatir majlis tak seperti yang diimpikan.
“Saya menghormati bakal suami saya, saya tak pernah mengimpikan ‘wedding of the year’. Saya tak perlu itu semua, cukup majlis yang sederhana tapi diingati selamanya,” tambah Fasha.
Ditanya jika ada pihak yang menaja perkahwinan Fasha & Jejai, pantas Fasha menafikan dan mengaku bahawa kesemua kos perkahwinan adalah dari duit sendiri.
“Banyak pihak yang ingin menaja perkahwinana saya, namun saya menolak semunya atas permintaan bakal suami juga kerana jika ada yang menaja, pasti kami akan terhutang budi.
“Baju juga sebanyak 4 pasang, kami yang beli sendiri dan tiada orang sponsor.”
Dalam pada itu, Fasha dan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, akan bernikah pada April ini dirumah yang dibelikan Jejai untuk Fasha di Ampang. Majlis resepsi akan diadakan sekaligus pada hari yang sama selepas pernikahan, dan kemudian majlis resepsi kedua akan diadakan di Perlis untuk keluarga Fasha Sandha.
Mengenai majlis resepsi di Bali yang diuar-uarkan oleh media sebelum ini, Fasha Sandha masih tidak memberikan penjelasan yang penuh namun hanya memberitahu bahawa majlis resepsinya yang ketiga akan diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur.
@ohbulan.com

No comments:
Post a Comment