Sunday, March 11, 2012

Aktres dating suami orang

ooopssss gambar hiasan ajer tau nih...hik!
DIVA faham benar, kalau Diva buka nama aktres yang memang bijak berlakon ini, ramai yang akan naik hantu. Tentunya kroni aktres ini akan menyerang Diva tanpa kasihan. Silap-silap aktres itu sendiri yang akan datang sembur muka Diva dengan ayat berapi dari mulutnya.
Mulanya malas Diva nak ambil peduli kisah aktres berkenaan. Setakat dengar-dengar di hujung telinga bahawa aktres itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang, Diva buat pekak saja sebab tak tahu hujung pangkal. Cuma selepas diberitahu bahawa lelaki tersebut seorang seorang aktor yang sedang meningkat naik, Diva mula panas hati.
"Va, aku tak sangka yang aktres ini tergamak mahu bercinta dengan budak jantan tu. Setahu aku, dia dan isteri aktor tersebut memang rapat. Dalam diam, rupa-rupanya mereka menuai cinta. Mula-mula konon-kononnya macam adik dan abang, lepas terbabit dalam beberapa produksi bersama, tangkap lentoklah, alih-alih adinda kekanda jadinya. Patutlah serasi bukan main, ada cinta di balik lakonan kaedahnya!" kata sumber Diva.
Rasanyalah, aktres dan aktor itu sedang main api, terbakar nanti, menjawablah. Awak berdua sudahlah panas, panas lagi kalau ada cerita sensasi. Mengenangkan si isteri yang selalu mengekor aktor itu ke sana dan kemari, Diva jatuh kasihan. Kalau betul pun perasaan sayang itu tidak boleh ditolak, fikirkanlah tentang si isteri yang tidak pernah jemu menaikkan suami dan menyokong daripada belakang.

Diva: Suka bermain dengan ayat.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...