Wednesday, February 15, 2012

Tragedi pulang kelas agama



ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mencari Ahmad Saibi Amir yang lemas ketika mandi di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Seorang nenek tidak menyangka gertakan untuk menyumbat cucunya ke dalam plastik hitam jika masih berdegil untuk mandi di Pantai Batu Burok di sini menjadi kenyataan selepas kanak-kanak itu ditemui mati lemas semalam.
Mayat Ahmad Saibi Amir Muslim, 8, ditemui terdampar di tepi pantai berkenaan pada pukul 7.42 pagi iaitu selepas kira-kira 13 jam dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama dua rakannya sebaik pulang dari kelas agama di Sekolah Kebangsaan Ladang.
Sekolah itu terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa mandi menggunakan pelampung namun ia pecah dipukul ombak setinggi dua meter sebelum dia dihanyutkan arus deras.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...