Sunday, February 5, 2012

Sokong anak, Beckham dilayangkan kad merah

LONDON - David Beckham dilaporkan dilayangkan kad merah dan diarahkan keluar daripada taman ketika menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan penyertaan anaknya.
Bekas ketua pasukan England itu dihalau selepas membantah keputusan pengadil yang mengarahkan salah seorang pemain keluar padang.
Pemain tengah Los Angeles Galaxy itu terpaksa menunggu di luar pagar taman permainan tersebut sehingga permainan bola sepak anaknya, Romeo, 9, berakhir.
Beckham berkata, ketika perlawanan berlangsung berlaku sedikit kekasaran dan tendangan penalti diberikan oleh pengadil.
"Salah seorang daripada pemain kelab Romeo telah diarahkan keluar padang. Saya rasa agak terkejut kerana pemain itu berusia tujuh tahun dan pengadil tidak sepatutnya mengeluarkannya.
"Kemudian dia lihat pada saya seperti tindakannya benar. Namun, saya katakan tindakannya itu tidak salah kerana dia berusia tujuh tahun.
"Pengadil itu datang kepada saya dan melayangkan kad merah. Dia mengarahkan saya keluar dari taman itu."
Tambahnya, pagar itu sejauh 20 meter dari padang dan dia terpaksa menunggu dan kembali semula selepas tamat perlawanan tersebut. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...