Wednesday, February 8, 2012

Mayat dalam beg mangsa cekik



ANGGOTA polis mengusung keluar beg pakaian berisi mayat seorang wanita yang ditemui di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga asing yang mayatnya disumbat ke dalam beg pakaian sebelum ditinggalkan di depan pintu bilik sebuah hotel bajet di Jalan Raja Laut di sini malam kelmarin disyaki mati dicekik.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulkarnain Abdul Rahman berkata, laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh hospital menunjukkan ada kesan cekik pada leher mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an.
"Bagaimanapun, laporan itu tidak menemui kecederaan lain pada badan mangsa yang berbadan kecil dan boleh dimasukkan ke dalam beg pakaian itu," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, setakat ini polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu.
Bagaimanapun, berdasarkan bentuk fizikal, mangsa dipercayai warga Indonesia.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...