Friday, February 17, 2012

Gossip: Zed Zaidi Bakal Cabar Kedudukan Harun Salim Bachik Sebagai Presiden Seniman?

Beberapa minggu lalu, kecoh juga berita tentang khabar angin yang mengatakan Presiden Seniman sekarang,Harun Salim Bachik bakal meletakkan jawatan.
Nampak’nya kisah pimpinan atas Persatuan Seniman ini tidak berhenti setakat penafian juga kenyataan dari mulutHarun Salim Bachik sendiri. Ini kisah baru.
Khabar’nya, satu pemilihan baru untuk pucuk pimpinan Persatuan Seniman akan di’jalankan tidak berapa lama lagi & sumber kami menyampaikan perkembangan terbaru yang agak menarik.
Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi kini di’katakan sedang hangat melobi ahli ahli persatuan yang lain’nya untuk menyebelahi beliau dalam pemilihan yang akan datang — bukan untuk kekalkan kedudukan, tetapi mencabar Harun Salim Bachik.
Menurut sumber kami lagi, kedudukan Harun Salim Bachik juga di’gambarkan sebagai kurang selamat kerana tindakan beliau membekukan aktiviti yang secara langsung membantutkan perkembangan ahli Persatuan Seniman.
Mungkin sampai masa untuk Persatuan Seniman menerima pucuk pimpinan dari generasi muda — tetapi, tidak terlalu muda’kah Zed Zaidi untuk jawatan Presiden Seniman? Hmmm.
@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...