Tuesday, February 14, 2012

George Clooney Tawar Diri Jaga Anak Brad Pitt

George Clooney
AKTOR George Clooney telah menawarkan diri mahu menjaga keenam-enam anak pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie untuk satu malam sekiranya Brad berjaya membawa pulang trofi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Terbaik.
Menurut laporan National Enquirer, bintang filem The Descendants yang pernah membuat kenyataan enggan memiliki anak sanggup bertaruh atas penganugerahan tersebut sebagai tanda sokongannya terhadap Brad yang dicalonkan menerusi lakonannya dalam filem Moneyball.
George berkata dia akan memberi peluang kepada Brad dan Angelina untuk berjalan berdua-duaan tanpa diganggu oleh anak-anak mereka.
Pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sering berjalan bersama dengan anak-anak mereka.
Bagaimanapun, jika George menang pertaruhan tersebut, Brad dikehendaki untuk bekerja sepanjang hari sebagai kelasi kapal layar miliknya di tasik Como, Itali.
Dua pelakon berkenaan turut bersaing bersama Gary Oldman, Jean Dujardin dan Demian Bichir bagi kategori tersebut.
Anugerah Academy ke-84 (Oscar) akan berlangsung pada 26 Februari depan.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...