Sunday, February 26, 2012

Adi Putra Dan Izara Aishah Hiasi Majalah Media Hiburan Mac 2012

Memang satu idea yang bijak untuk menggabungkan Adi Putra dan Izara Aishah untuk dijadikan cover majalah Media Hiburan Edisi Mac 2012. Kedua-duanya ada aura dan pengikut yang tersendiri. Adi Putra dengan populariti drama Tentang Dhia manakalah Izara dengan drama paling hangat sekarang ini, Vanilla Coklat.
adi putra dan izara aishah
Kalau anda seorang jejaka dan berminat untuk menackle Izara, lupakanlah sahaja hasrat itu. Melalui pembacaan Abang Nara, Izara mengakui yang dia sudah memiliki kekasih hati. Khabarnya mereka sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi. Abang Nara faham kalau anda kecewa, siapa yang tak jatuh hati dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh Izara di dalam Vanilla Coklat.
Apa pun jangan lupa dapatkan naskhah Media Hiburan di kedai buku berhampiran anda sekiranya anda peminat Adi Putra ataupun Izara Aishah.
@beautifulnara.com 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...