Friday, January 27, 2012

NGO Gesa SPRM Siasat Percutian Mewah Guan Eng

NGO Gesa SPRM Siasat Percutian Mewah Guan Eng
KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan beberapa pemilik blog mengenai percutian eksklusif Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke Itali yang dikatakan telah ditaja oleh seorang bergelar ‘Tan Sri’.
Pengerusi Pertubuhan Gerakan Beliau Bersatu Malaysia (GBBM), Wong Chin Chong berkata, sekiranya dakwaan tersebut adalah benar maka pihak SPRM wajar memberi perhatian serius terhadap kes itu memandangkan ia boleh dikategorikan sebagai rasuah.
“Beliau sering berucap tentang betapa pentingnya ketelusan dan intergriti di hadapan rakyat, namun sekiranya dakwaan pemilik blog tersebut benar, ia adalah sesuatu yang sangat tidak wajar untuk dilakukan Guan Eng.
“SPRM perlu siasat perkara tersebut sekiranya dakwaan itu berasas..sekiranya beliau betul-betul ditaja..itu dah dikira rasuah,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Selain itu, Penasihat Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramshah Muammar Ubaidullah turut bersependapat dengan Chin Chong dan menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP itu tidak wajar bercakap soal ketelusan sekiranya beliau melakukan perkara yang sebaliknya.
“Kalau Guan Eng menuntut ketelusan dan memerangi rasuah, maka beliau sendiri mesti telus dalam semua perkara dan tidak menimba dari arus rasuah jijik dan kotor walaupun dari kawan-kawannya yang bergelar Tan Sri sekalipun.
“Apakah hak yang ada pada beliau untuk tuntut ketelusan atau perangi rasuah apabila beliau sendiri seolah-olah sedia menikmati kemewahan yang boleh dipersoalkan sama ada rasuah atau tidak,” katanya kepada Mynewshub.my sebentar tadi.
Beberapa blog mendedahkan bahawa Lim Guan Eng dan keluarga terdekatnya telah bercuti ke Itali dengan menaiki pesawat dari syarikat penerbangan negara jiran, Singapore Airlines, serta ditempatkan di bahagian kelas perniagaan yang dikategorikan sebagai mewah.
Blogger Bigdog atau nama sebenarnya, Mohd Zakhir, mendakwa berdasarkan sumber dalaman DAP yang dia peroleh bahawa segala kos percutian dan penerbangan tersebut telah ditaja oleh seorang yang bergelar ‘Tan Sri’.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
@mynewshub,my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...