Friday, January 27, 2012

JEJAKA IRAN PILIHAN ANIS ANEESA

Kalau sudah jodoh tak ke mana!

Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan penyanyi Anis Aneesa yang selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka negara Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, minggu lepas.

Hanya mengenali jejaka itu enam bulan sahaja, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, tidak teragak-agak untuk menerima lamaran jejaka yang juga ahli perniagaan itu.



Katanya, mereka mula berkanalan dan saling kenal mengenali sejak pertama kali berjumpa di majlis ulang tahun rakannya. Selepas berkenalan, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk meneruskan hubungan cinta. Bagi Anis, dia seorang lelaki yang sangat caring dan penyayang. Malah Anis juga merasa begitu selamat bila bersamanya.

"Soal berlainan bangsa dan asal itu tidak menjadi masalah besar, kerana apa yang penting dia beragama Islam," katanya dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, pasangan ini akan mendirikan rumah tangga dalam masa enam bulan sahaja lagi.

"Kami sudah merancang untuk berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Namun tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya menutup bicara.





@myartis.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...