
Sebelum kami mulakan apa-apa. Satu pesanan kami buat uols semua, jangan lupa undi Fasha Sandha bagi merebut Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Okey, mari kita sambung.
Sedar atau tidak, sejak akhir-akhir ini, pelbagai cerita menarik kita dengar mengenai Fasha Sandha, buka akaun palsu Jejai, tweet daripada orang tersayang, sambut tahun baru 2012 berpelukan dan yang terbaru kenyataan rasmi dari mulot Fasha bahawa dia bakal berkahwin tahun ini. Kelakarnye, tarikh belum ditentukan.
Petang tadi, melalui laman rasmi Murai, Fasha membuat pengakuan bahawa dia bakal bernikah tahun ini dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk diberitahu umum. Tanpa mahu membuat sidang akhbar, dia ada cara tersendiri untuk memberitahu mengenai hari bahagianya. Bungee jumping di KLCC sambil menjerit “will you marry me?”, mungkin?
Sebagai nota, pada tahun 2009 Fasha Sandha pernah mengejutkan dunia seni apabila menunjukkan cincin sebagai tanda dia akan bertunang dengan seorang ahli perniagaan berkulit hitam manis.
Apa pun, mari kita doakan yang terbaik buatnya dan menanti saat bahagia ini.
@mediamalaya.com
No comments:
Post a Comment