Friday, December 16, 2011

Justin Bieber Ditahan Polis

Justin ditahan oleh pihak polis selepas membelok secara merbahaya.
PENYANYI pop remaja popular, Justin Bieber ditahan pihak polis kerana membelok secara berbahaya di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Penyanyi yang popular dengan lagu “Never Say Never” ini bagaimanapun hanya diberi amaran oleh polis yang menahannya sebelum dia dilepaskan.
Sumber yang berada di tempat kejadian berkata, Justin berjanji kepada polis berkenaan tidak akan mengulangi perbuatannya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
Kejadian tersebut bukan kali pertama apabila kekasih Selena Gomez itu pernah ditahan di California kerana memotong kenderaan lain di kawasan larangan tetapi dibebaskan setelah diberi amaran.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...