Thursday, December 15, 2011

Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat

KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH
Bersempena dengan kemunculan album terbaru, RAJA POP 2, juga produk kecantikan Jamal Abdillah, D’JAS, yang telah pun berada di pasaran, pihak Warner Music Malaysia dengan kerjasama Bintang Channel serta Maju Junction Mall bakal mengadakan majlis pelancaran kedua-dua produk ini pada awal tahun hadapan! Selain daripada majlis pelancaran produk-produk ini, pelbagai aktiviti juga disediakan bagi peminat-peminat Jamal Abdillah pada karnival yang bakal diadakan di ruang legar lokasi pelancaran ini nanti!
Berikut adalah maklumat mengenai Karnival ini:
KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH
PELANCARAN ALBUM RAJA POP 2 DAN PELANCARAN PRODUK D’JAS
Tempat : Perkarangan Maju Junction
Tarikh : 7 Januari 2012
Waktu: 10:00pagi – 6:00 ptg
Acara : Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Jamal Abdillah, Tiru Gaya dan lain-lain
Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Jamal Abdillah dan Tiru Gaya ini akan diadili oleh wakil daripada pihak Warner Music Malaysia dan Bintang Channel !
Nantikan juga kemunculan ekslusif Jamal Abdillah!
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu bintang pujaan anda dan sertailah acara-acara menarik di karnival ini !
jamal abdillah

@budiey.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...