Saturday, December 3, 2011

Hiburan Indonesia di Indopek



SYAHRINI (dua dari kiri) membuat kemunculan istimewa dalam program Inbox Awards.


SEJAK Indopek 'menyerang' Malaysia menerusi saluran Bintang 141 dan saluran Pelangi 142, ia terus mempertingkat program-program menarik khusus untuk penonton setia mereka.
Terkini, bermula 27 November dan akan disiarkan setiap Ahad, program muzik (saluran Bintang 141) yang cukup popular di republik tersebut iaitu Inbox AwardsHarmoni dan Konsert Dangdut.
Inbox Awards Bahagian 1 yang sudah bersiaran pada pukul 8.30 malam 27 November lalu akan disusuli dengan Bahagian 2 pada esok, 4 Disember waktu yang sama.
Inbox Awards menampilkan artis-artis seperti ST12, Wali Band, Kotak, Anang & Ashanty, Sma*h, Dragon Boyz, Afgan, Armada dan 7 Icon.
Program yang menampilkan hos yang ramai termasuklah Gading Marten, Andhika Pratama, Astrid Tiar, Ruben Onshu, Indra Bekti dan Ayu Dewi ini juga akan menampilkan persembahan secara langsung artis-artis tersebut dan juga majlis penganugerahan kepada artis-artis yang mana video muzik mereka berada pada kedudukan tertinggi di carta atas undian para penonton.
Selepas Inbox Awards, para penonton akan disajikan dengan rancangan muzikal tertutup iaitu Harmonidengan episod Spirit of Wali pada 11 Disember ini juga pada pukul 8.30 malam.
Ia merupakan persembahan secara langsung seseorang artis atau kumpulan dengan diiringi oleh orkestra secara live. Untuk episod Spirit of Wali yang menampilkan Wali Band.
Kumpulan terkenal Indonesia itu turut mengundangkan rakan-rakan artis yang lain untuk sama-sama membuat persembahan dan membawakan karya-karya terbaik daripada Wali sendiri.
Antaranya Syahrini akan mendendangkan lagu Yank bersama vokalis Nineball, Ashanty pula akan berduet dengan Faank Wali dalam lagu Aku Bukan Bang Toyib, sementara Anang akan menyumbang suara beliau untuk lagu Baik-Baik Sayang.
Tidak melupakan penonton-penonton yang dibesarkan dengan muzik berkonsepkan dangdut, pihak Indopek akan membawakan kepada penonton Konsert Dangdut Rhoma Irama menjelang 18 Disember ini juga pukul 8.30 malam.
Konsert yang disiarkan secara langsung ini tidak sekadar menyajikan lagu-lagu dengan irama dangdut malahan diperkemas dengan elemen muzik luar dangdut.
Tidak ketinggalan dua putera Rhoma Irama yang juga bergelar penyanyi di Indonesia iaitu Ridho Rhoma dengan muzik beraliran pop dan juga Vicky Rhoma dengan muzik beraliran rock akan turut bergabung dan menyumbang persembahan dalam konsert ini.
Bagi kemuncak konsert itu, Rhoma bakal berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Armada Band, Yuni Shara, Lis Dahlia, Erie Susan dan ramai lagi.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...