Friday, December 16, 2011

Chong Wei melangkah bergaya


CHONG WEI mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A semalam selepas menewaskan Simon Sontoso dari Indonesia.

LIUZHOU, China - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A untuk mencerahkan peluang mara ke separuh akhir Siri Super Dunia Akhir 2011.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain Indonesia, Simon Sontoso 21-10, 21-15 semalam.
Sebelum ini, pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, Chong Wei diberi tentangan sengit sebelum menang ke atas pemain Jepun, Sho Sasaki dalam tiga set.
Jaguh perseorangan negara itu akan menentang pemain Denmark, Peter Gade hari ini bagi menentukan kedudukannya sebagai juara kumpulan.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung esok.
Dalam saingan Kumpulan B pula, Chen Long yang dijangka akan menentang Chong Wei di separuh akhir, mudah menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Kenichi Tago semalam.
Selepas tewas kepada Lin Dan kelmarin, Chen Long bangkit daripada kalah set pertama ketika menentang Kenichi sebelum menang 12-21, 21-18, 21-13.
Lin Dan dijangka bakal mengungguli Kumpulan B ini yang turut dianggotai Taufik Hidayat dari Indonesia.
Kejohanan pusingan akhir penutup tirai 2011 yang hanya boleh disertai lapan pemain terbaik dalam ranking dunia itu menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.5 juta).
- AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...