Thursday, December 15, 2011

Awie Akui Bergaduh Di Langkawi, Kata Kesat Berunsurkan Provokasi Menjadi Punca


Awie bagi Abang Nara memang mempunyai suara yang legend. Tapi kali ini Abang Nara taknak bercerita tentang kelegendan suara Awie, tetapi tentang sebuah kisah pergaduhan yang melibatkan Awie baru-baru ini di Langkawi. Tak sangka ada jugak mereka yang berani mencari gaduh dengan Awie. Kalau Abang Nara tak terbayang kena hentak dengan lengan Awie yang besar tue.


Menurut Awie, pergaduhan kecil tersebut terjadi kerana keenggannya mengambil gambar bersama beberapa orang di dalam kelab. Kata Awie:-
Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya. Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya. Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar.
Tiada sebarang laporan polis dilakukan oleh Awie dan pihak yang terbabit. Apa pun Abang Nara berharap agar Awie kalau nak gaduh pun janganlah gaduh sampai tertumbuk peti suara. Kang tak pasal-pasal negara kita kehilangan suara emas miliknya. Apa pun tak sabar nak menonton Konsert Awie dan Ella di Istana Budaya tak lama lagi. Hidup Awie ~~
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...