Tuesday, December 20, 2011

13 barang kawalan Krismas


TELUR ayam merupakan antara barangan kawalan sempena musim 
perayaan Krismas pada 25 Disember nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.
"Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau, senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau.
Katanya, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33) dan daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).
Selain itu, ia turut melibatkan daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam gred A (RM0.36 sebiji), gred B (RM0.35), gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).
Ismail Sabri memberitahu, peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dengan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Cari homestay di Melaka? Try this!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...