IPOH - Pendedahan Wiki-leaks mengenai pendirian ‘US State Department’ yang tidak bersetuju dengan Bajet Alternatif Pakatan Pembang-kang membuktikan pembangkang hanya bergantung kepada propaganda semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pendedahan tersebut juga jelas menunjukkan mereka (pembangkang), langsung tidak mampu melaksanakan atau menjadikan perkara yang dicadangkan dalam Bajet Alternatif.
Menurutnya, pihak pembangkang turut mempunyai kelemahan dalam soal menguruskan kewangan ini menunjukkan bahawa pembangkang juga, tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir kerajaan.
“Seperti mana yang didedahkan Wikileaks baru-baru ini, jelas dilihat bahawa masih banyak perkara yang mereka (pembangkang) tidak mampu laksanakan.
“Dari segi pelaksanaannya pula adalah begitu lemah dan mereka juga ternyata tidak mampu melaksanakan sebarang janji dijanjikan kepada rakyat.
“Ini mencerminkan kelemahan serta propaganda yang cuba dibangkitkan oleh pihak ini,” katanya pada sidang media setelah selesai perbahasan di Dewan Negeri, semalam.
Sementara itu, Hang Soon berkata sikap pembangkang yang banyak ‘menipu rakyat’ selain banyak mengandungi propaganda itu, dilihat semakin menjadi-jadi pada hari ini.
Katanya, antara contoh penipuan PR yang paling ketara adalah ketika berhujah di Dewan Negeri mengenai keprihatinan terhadap nasib petani di negeri ini, namun sebaliknya pihak petani memberi jawapan berbeza apabila rata-rata mereka menyuarakan kekesalan terhadap PR.
“Ada juga antara golongan berkenaan yang datang mengadu nasib mereka. Mereka ini bukannya dibela sebaliknya hak mereka dinafikan sewaktu di bawah pemerintahan pihak pembangkang dahulu. Malah ada antara aset yang diberikan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN), dibekukan.
“Ini jelas membuktikan bahawa pihak pembangkang memang pandai berbahas, pandai berceramah dan berkata-kata. Tetapi semuanya hanyalah cakap-cakap kosong sahaja,” katanya.

No comments:
Post a Comment