Jam 3.00 petang hari ini, Anwar Ibrahim akan disoal siasat di Balai Polis Kepong di atas tuduhan membuat laporan palsu terhadap video seksnya.
Siasatan ke atas Anwar dibuka selepas pegawai penyiasat kes 'Datuk T', DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis bahawa Anwar telah secara disedarinya memberikannya maklumat palsu, suatu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.
Sehubung dengan itu, Ketua Anak Muda Keliru (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengarahkan anak-anak buahnya membuat kecoh beramai-ramai di Balai Polis Kepong.
"Ayuh ramai-ramai menyatakan sokongan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ramai-ramai hadir ke Balai Polis Kepong.
REFORMASI!". Kenyataan Shamsul menerusi sesawang blognya.
Kalau dulu Shamsul menghalang Eskay membuat akuan sumpah di msajid Sentul, hari ini Shamsul nak halang polis buat siasatan pula? Taksub sungguh Shamsul ni...
Biar saja lah pihak polis menjalankan tugas mereka yang Shamsul gelabah sangat nak buat kecoh di balai... apa hal?
Memang tak de kerja lain ketua AMK ni agaknya tak habis-habis nak buat kecoh! Orang pun dah bosan la.. Ini bukan zaman laungan REFORMASI lagi!
Masih ingat lagi Shamsul bawa kuncu-kuncunya membuat kecoh dalam masjid? bikin malu saja buat kecoh dalam rumah allah...
Video URL: http://youtu.be/nDCpsPlXYQU
@brojinggo.blogspot.com
Manakedai.net: hmmm tak tau lah mana yang betol lah nih??? hanya yakin kuasa Allah penentu segalanya...wait & see!


No comments:
Post a Comment