Wednesday, November 16, 2011

Timberlake tunai janji



JUSTIN TIMBERLAKE (kanan) menepuk tangan semasa dia menghadiri majlis tari-menari bersama Koperal Kelsey De Santis (tengah) di Pusat Konvensyen Greater Richmond di Virginia pada Sabtu lalu.


RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Pelakon terkenal, Justin Timberlake mengotakan janjinya untuk membawa seorang anggota askar marin wanita AS ke majlis tari-menari tahunan.
Penyanyi dan aktor tersebut menyiarkan sekeping gambar bersama sepucuk surat di laman webnya pada Ahad lalu untuk memberitahu bahawa majlis tari-menari itu sebagai yang paling meriah buatnya.
Anggota askar marin berkenaan, Koperal Kelsey De Santis mempelawa Timberlake menerusi YouTube untuk menghadiri majlis tarian itu bersamanya.
Timberlake kemudian menerima undangan tersebut.
Stesen televisyen WTR-TV melaporkan Timberlake memakai tuxedo dalam majlis tersebut di Pusat Konvensyen Greater Richmond di sini.
Majlis Tari-Menari Kor Marin itu diadakan di sini pada Sabtu lepas.
Pada awal bulan ini, rakan Timberlake yang turut berlakon bersamanya dalam filem Friends With Benefits, Mila Kunis turut menerima undangan yang sama ke satu lagi majlis tari menari Kor Marin di negeri Carolina Utara. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...