Thursday, November 24, 2011

Tempat pemujaan dimusnahkan

Tempat pemujaan dimusnahkan
SHAH ALAM -  Kenderaan yang memenuhi tepi jalan Persiaran Kerjaya Seksyen U1 setiap malam Selasa, Khamis dan Sabtu, dekat sini, terbongkar apabila kegiatan tarik nombor ekor yang beroperasi di sebuah pondok usang yang didirikan di bawah dua buah batang pokok sawit dianggap keramat.

Lokasi tersebut yang sebelum ini telah dimusnahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dua tahun lalu masih terus dikunjungi sebagai tempat popular untuk mendapatkan nombor ekor. Dalam operasi selama dua jam semalam tiga bahagian tempat pemujaan keseluruhannya berjaya dimusnahkan.

Operasi dimulakan dengan membaca doa dan semburan air Ahmad Abdul Rahman dari Surau Batu 13 sebagai usaha menghindarkan gangguan makhlus halus yang dikatakan menghuni kawasan tapak pemujaan tersebut. Kerja-kerja dimulakan dengan memecahkan enam patung utama yang diletakkan sederet beserta gambar,  garfu besar dan beberapa objek lain yang digunakan sebagai pemujaan. Seterusnya bumbung pondok diruntuhkan   diikuti bahagian yang digunakan untuk upacara menyembelih haiwan  sebelum dua batang pokok sawit  yang dianggap keramat ditebang.

Pegawai Penguatkuasa MBSA, Khairul Hanif Abu Taib berkata, operasi dilakukan berikutan struktur tersebut didirikan secara haram di atas tanah kerajaan.

“Tindakan diambil dibawah  Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, membuat binaan tanpa kebenaran. Selepas kejadian ini, kawasan ini akan terus dipantau,” katanya tindakan diambil susulan daripada aduan dan masalah kesesakan jalan terutama waktu malam apabila banyak lori dan kenderaan berat diletakkan dibahu sepanjang jalan itu. Kawasan ini popular dan  ada  yang datang dari luar Lembah Kelang  semata –mata untuk membuat pemujaan untuk bagi mendapatkan nombor ekor,” katanya

@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...