Rasa’nya semua peminat hiburan & Justin Bieber sudah mengetahui kisah yang sudah bermula sejak minggu lalu.
Mariah Yeater menggegarkan dunia hiburan apabila mendakwa bayi lelaki berusia 3 bulan beliau merupakan anak kepada bintang remaja popular Justin Bieber.
Justin Bieber dalam kenyataan awal menafikan pernah mengenali siapa Mariah Yeater dan turut menafikan pernah menjalinkan apa apa hubungan dengan gadis berusia 20 tahun itu.
Hari ini, wakil terdekat Justin Bieber mengesahkan bintang remaja itu akan mengambil satu lagi langkah berani untuk menjalani ujian DNA sebagai membuktikan semua dakwaan ini adalah palsu belaka.
Justin Bieber di’katakan akan mengambil ujian DNA tersebut selepas pulang dari Eropah dalam tempoh dua minggu — dan kemudian akan membawa kes ini ke mahkamah.
Peguam peribadi Justin Bieber, Howard Weitzman di’katakan telah memilih makmal untuk menjalankan ujian ini dan sudah pun menghubungi pihak Mariah Yeater untuk memastikan kes ini di’bawa ke mahkamah. via NY Daily News
No comments:
Post a Comment