Thursday, November 10, 2011

Suasana sedih selubungi ketibaan jasad Adrian



JASAD Adrian tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam dengan disambut anggota keluarganya.

KLANG – Suasana sedih menyelubungi rumah keluarga mendiang Adrian Jay Pereira di Taman Klang Jaya di sini semalam dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus mengucapkan takziah kepada ibunya, Mary Catherine De Cruz, (gambar) 52, dan dua adik perempuan mangsa.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar.
Terdahulu, jasad Adrian, 23, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia malam Isnin lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 2.30 petang semalam dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya.
Sebaik jasad tiba di rumah keluarga mendiang kira-kira pukul 7 malam, Mary dan dua adiknya, Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16, dilihat menangis ketika menatap jasad Adrian.
Mary dan kedua-dua anak perempuannya tidak dibenarkan oleh ahli keluarga untuk ditemu bual.
Difahamkan, pengebumian jasad Adrian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Kristian Meru, Klang di sini pada Jumaat ini.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...