Gambar Hiasan
KUANTAN – Seorang pencuri mengambil kesempatan memecah masuk sebuah kedai emas ketika pemiliknya keluar membuang air kecil sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM4,000 di Taman Tas di sini kelmarin.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, suspek lelaki berusia 20-an itu dipercayai datang ke kedai emas tersebut dengan menaiki sebuah kereta.
“Apabila mendapati pemiliknya, seorang wanita berusia 40-an pergi ke tandas, suspek terus memecahkan cermin tingkap kedai emas itu dipercayai menggunakan satu objek keras.
“Dia sempat mengambil wang tunai dan barang kemas di dalam kedai itu sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment