Tuesday, November 22, 2011

Sam, Eja terharu

sam
Kejayaan Shaheizy Sam dan Siti Shah reza (Eja) memba wa pulan g trofi Pelakon Lelaki d an Wanit a Terbaik m embawa mak na cukup besar buat dua pelakon ini.
Malah Sam yang ditemui pada majlis post party FFM24 kelihatan tergamam dengan kejayaan pada malam tersebut.

“Saya tidak sangka saya menang pada malam ini menerusi filem Kongsi. Saya rasa, ramai pesaing lebih hebat dari saya yang layak menang.
“Apa pun, saya sangat bersyukur dan terharu dengan kejayaan ini. Saya anggap ini penghargaan pada saya dan juga yang lain, terutamanya peminat yang banyak beri sokongan dan tidak pernah bosan dengan lakonan saya selama ini,” katanya.
Sam ber pendapat filem Kongsi yang dilakonkannya itu sangat menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon . Katanya, w alaupun berpengalaman melakonk an pelbagai watak dalam filem yang berbeza genre, Kongsi antara yang banyak menguji bakat lakonannya yang sebenar.
“Walaupun trofi ini kemenangan kali kedua saya dalam FFM, sejujurnya saya masih belum berpuas hati dengan lakonan saya. Saya puas sekiranya filem saya lakonkan keperingkat antarabangsa,”katanya.
Sementara itu, Eja melakarkan kenangan tersendiri dalam karier seninya apabila membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik dan turut memenangi kategori sama dalam Anugerah Skrin 2011, 4 November lalu.

“Saya bersyukur rezeki d ikur niak an Tuhan. Semuanya berkat kesabaran saya menempuhi cabar an dalam industri ini.

“Harap-harap selepas ini bakat saya terus diterima dan dapat mempersembahkan pelbagai watak yang memberik an manfaat kepada masy arakat,” katanya yang memenangi anugerah menerusi filem Janinarahan Yeop Hitler.
 
Kejayaan lakonan filem kelapannya ini merealis asik an cit a-citanya untuk menggapai suatu pencapaian yang boleh dibanggakan dan diingati sepanjang kariernya.
 
“Membawakan w atak sebagai Sutera, seor ang ib u yang kematian an ak agak mencabar . Ini kerana banyak emosi yang perlu bermain dengan watak ini," katanya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...