Wednesday, November 2, 2011

RM15.9 bilion bayar subsidi petrol, diesel

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk subsidi petrol dan diesel tahun ini bagi memastikan harganya terkawal dan tidak membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar) berkata, perbelanjaan sebenar subsidi petrol dan diesel tahun lepas adalah sebanyak RM9.6 bilion.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pada persidangan Dewan Rakyat semalam yang ingin tahu mengenai jumlah sebenar subsidi petrol dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan.
Siang Chai berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat namun dalam masa yang sama aspek kemampuan kewangan kerajaan untuk tanggungan subsidi juga perlu diberi perhatian.
"Justeru, pemberian subsidi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar pemberian subsidi dapat disalurkan secara tepat kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya," katanya.
Beliau berkata, penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel di mana apabila subsidi dikurangkan sebanyak RM0.05 seliter dua kali tahun lepas dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi lebih RM1.7 bilion. - Bernama

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...