Friday, November 4, 2011

Rihanna Dilarang Minum Minuman Keras & Berpesta

PENYANYI Rihanna (gambar) dilarang minum minuman keras dan berpesta oleh doktor peribadinya.
Penyanyi lagu Take A Bow itu dilaporkan terlalu banyak melakukan kedua-dua perkara itu.
Sebelum ini, Rihanna pernah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus selesema sehingga terpaksa membatalkan konsert di Sweden.
"Doktor sangat khuatir dengan kesihatannya. Dia banyak menghabiskan sebahagian besar waktunya di studio atau kelab malam," ujar sumber terdekat Rihanna menurut akhbar The Sun, Khamis.
Jadual kerja yang padat serta keseronokan berpesta menjadi penyebab utama Rihanna jatuh sakit kerana pemenang 4 Grammy Awards itu benar-benar tidak mempunyai waktu untuk berehat.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...