Friday, November 4, 2011

Proton Sasar bilionair China untuk kereta Lotus



BILIK pameran Lotus China yang baharu dirasmikan di Beijing semalam.


BEIJING (China) – Proton Holdings Bhd. (Proton) berharap dapat mengambil kesempatan daripada minat bilionair China terhadap jenama mewah dan menjual sehingga 400 unit kereta sport Lotus di negara tersebut.
Proton merupakan pemegang 100 peratus kepentingan kereta sport British itu.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, ia adalah masa yang tepat bagi Lotus untuk menembusi pasaran China kerana rangkaian wakil penjualnya berkembang di samping permintaan terhadap kereta sport Lotus dijangka meningkat.
Menurutnya, kereta sport Lotus mampu menembusi pasaran China yang sedang pesat berkembang dan kelaknya menjadi pusat utama bagi kereta tersebut.
“Kami perlu merebut peluang sekarang. Sebelum ini, Lotus bergantung kepada pasaran Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun bagi jualan kereta itu tetapi China kini merupakan pasaran terbesar kereta di seluruh dunia.
“Orang China amat meminati jenama mewah dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk kelihatan berbeza daripada orang lain,” katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan bilik pameran Lotus China dan pelancaran model Lotus T123 dan Evora GTE di sini semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...