Friday, November 4, 2011

Polis Boleh Siasat Kes Didakwa Hamil Anak Bieber

Polis Boleh Siasat Kes Wanita Didakwa Hamil Anak Bieber

Los Angeles – Polis Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan menyiasat dakwaan seorang gadis bahawa dia telah melahirkan seorang bayi yang didakwa anak kepada penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber, selepas mereka bertemu di konsert Bieber, tahun lalu.
Pesuruhjaya Polis Los Angeles,  Andrew Smith berkata, walaupun tiada laporan polis dibuat berhubung dakwaan berkenaan, namun siasatan boleh dijalankan memandangkan Bieber berusia 16 tahun dan masih berada di bawah umur ketika didakwa melakukan hubungan seks dengan gadis tersebut, tahun lepas.
Sementara gadis itu, Mariah Yeater berusia 19 tahun ketika itu.
Minggu lalu,  Yeater telah mengemukakan tuntutan ke atas Bieber di mahkamah San Diego, menuntut nafkah anak dan ujian pengesahan bagi menentukan sama ada Bieber adalan bapa kepada bayi berkenaan.
Kes tersebut akan disebut semula pada 15 Disember ini.
Pihak pengurusan Bieber bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
Bagaimanapun peguam Yeater, Matthew Pare berkata, persoalan mengenai hubungan seks dengan budak di bawah umur adalah dua persoalan berbeza.
“Ini adalah isu rogol di bawah umur dan jika Yieter bersalah pun, secara ironinya, Bieber tetap bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada anak tersebut,” katanya.
Menurut Pare, Yieter tidak pernah menerima wang daripada mana-mana pihak untuk mendedahkan perkara berkenaan.
Perkara penting sekarang, katanya ialah bayi tersebut mengetahui siapa bapanya yang sebenar.
Bieber, 17, dilaporkan menjalinkan hubungan dengan aktres Selena Gomez, 19, namun terdapat laporan hubungan mereka kini telah berakhir.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...