Tuesday, November 15, 2011

Pengasas Diaspora Meninggal Dunia

Pengasas Bersama Rangkaian Sosial Diaspora Meninggal Dunia

PALO ALTO (California) – Pengasas bersama rangkaian laman sosial Diaspora yang menjadi sumber alternatif kepada Facebook, Ilya Zhitomirskiy, meninggal dunia hari ini pada usia 22 tahun.
Zhitomirskiy adalah salah seorang daripada empat penuntut yang membangunkan laman Diaspora dalam makmal komputer di New York University.
Diaspora dibangunkan sebagai sumber alternatif baru kepada Facebook yang diasaskan mereka pada 2010.
Punca kematian Zhitomirskiy bagaimanapun tidak diketahui kerana syarikat rangkaian sosial berkenaan serta Pusat Perubatan San Francisco masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Ilya seorang yang hebat. Dia mempunyai wawasan dan sebagai pengasas syarikat ini, dia berharap memberikan pengalaman baru kepada pengguna internet dalam rangkaian sosial,” kata jurucakap Diaspora, Peter Schurman.
“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Ia satu kehilangan yang besar kepada kami dan keluarganya,” katanya. – AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...