Friday, November 4, 2011

Pemuda PAS Batal Demo Bantah Program Seksualiti

Pemuda PAS Batal Demo Bantah Program Seksualiti Merdeka
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS meminta semua Pemuda PAS negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program ‘Seksualiti Merdeka’ pada Jumaat.
Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pembatalan itu ekoran pengumuman polis hari ini mengenai pengharaman semua aktiviti program itu, yang bermula dua hari lepas hingga 13 November.
“Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.
Dewan Pemuda PAS sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di semua Masjid Negeri hari ini. – BERNAMA

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...