Karachi – Gara-gara marahkan suami yang ingin berkahwin lagi, seorang wanita di Pakistan bertindak kejam dengan membunuh suaminya dan memotong tubuh badan lelaki malang itu untuk dimasak.
Zainab Bibi, 32 melakukan perbuatan terkutuk itu dengan bantuan anak saudaranya, Zaheer, 22 di sebuah kampung di selatan Karachi.
Ketua polis kawasan berkenaan, Nadeem Baig berkata, perbuatan tersebut terbongkar selepas polis mendapat maklumat daripada jirannya.
“Polis yang menyiasat di rumah Zainab telah menemui sebuah mangkuk mengandungi bahagian badan lelaki tersebut.
“Zainab yang marahkan suaminya kerana hendak berkahwin lagi tanpa persetujuannya bercadang memasak daging suaminya,” katanya.
Menurut Nadeem, ada dua kemungkinan kenapa Zainab mahu memasak mayat suamninya.
“Satu sebab adalah kerana ingin memusnahkan bahan bukti dan yang kedua, dia melakukan perbuatan itu kerana terlalu marah dengan tindakan suaminya,” katanya.
Polis, bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment