
PENYANYI terkenal, Mariah Carey berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram selepas enam bulan melahirkan anak kembarnya, Monroe dan Moroccan.
Mariah, 41 tahun berkata, dia menjalani diet dan senaman yang ketat melalui progamJenny Diet bagi mengembalikan bentuk tubuhnya selepas bersalin.
"Semasa mengandungkan Monroe dan Moroccan saya mengalami peningkatan berat badan yang sangat mendadak dan sukar untuk menguruskan diri kerana cepat berasa letih.
"Saya berusaha untuk kurus bukan sahaja kerana mahu kelihatan cantik tetapi mahu menjadi seorang yang sihat dan dapat melakukan aktiviti dengan cergas," ujarnya.
Mariah yang muncul buat kali pertama selepas bersalin dalam program The Rosie Showpada Rabu bagaimanapun memberitahu dia terpaksa menunggu selama enam minggu sebelum dapat membuat senaman kerana melakukan pembedahan ketika melahirkan anak-anaknya.
Mariah ketika sarat mengandung."Selepas bersalin saya lebih banyak mengamalkan diet yang ketat sebelum benar-benar dapat melakukan senaman bagi mengurangkan berat badan," ujarnya.
Sementara itu, Mariah yang kini menjadi jurucakap untuk program Jenny Diet berkata, dia ingin memberi inspirasi kepada wanita supaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan terutamanya kaum ibu.
@mstar.com.my
No comments:
Post a Comment