Saturday, November 26, 2011

Mampukah Chong Wei?



CHONG WEI berdepan musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka China hari ini.


MAMPUKAH jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuang badi kekalahan ke atas bintang sensasi China, Lin Dan?
Persoalan tersebut hanya akan terjawab apabila kedua-dua pemain membuat perhitungan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China hari ini.
Terdahulu, tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei tidak berdepan halangan untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir apabila mudah menewaskan perseorangan Jepun, Sho Sasaki 21-18, 21-13 pada aksi suku akhir di Shanghai semalam.
Lin Dan pula mara selepas membenam cabaran Jan O Jorgensen dari Denmark 21-17, 21-14 dalam satu lagi pertemuan suku akhir.
Pertemuan menentang Lin Dan kali ini dianggap sebagai medan terbaik buat Chong Wei untuk menebus kekecewaannya tewas ditangan Lin Dan sebanyak dua kali berturut-turut.
Sebelum ini, Lin Dan telah menghalang impian Chong Wei untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya apabila menewaskan pemain No. 1 dunia itu 20-22, 21-14, 23-21 pada aksi final yang berlang- sung di London.
Kehebatan jaguh perseorangan negara Tembok Besar itu diterus- kan apabila turut berjaya menewaskan Chong Wei 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu.
Justeru, pertembungan kali ini merupakan peluang terbaik buat Chong Wei untuk menutup mulut pengkritik yang sering memperti- kaikan statusnya selaku pemain No. 1 dunia setiap kali tumbang di tangan Lin Dan.
Bagi Lin Dan, dia yang masih segar dengan kejayaan merekodkan kejuaraan kelima pada Terbuka Hong Kong minggu lalu pasti- nya mahu meneruskan rentak kecemerlangan tersebut.
Berdasrkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia memihak kepada Lin Dan yang mencatatkan 17 kemenangan daripada 25 perlawanan.
Sementara itu, turut beraksi pada aksi suku akhir semalam ialah beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan juga beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Kien Keat-Boon Heong berdepan Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (Korea Selatan), manakala Peng Soon- Liu Ying menentang Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...