Friday, November 4, 2011

Lindsay Lohan Disumbat Ke Penjara

Lindsay Lohan Disumbat Ke Penjara

Lindsay Lohan diperintahkan ke penjara semula setelah gagal melaksanakan kerja komuniti seperti yang diarahkan pihak mahkamah.
Keputusan dibuat oleh hakim Stephanie Sautner pada Rabu lepas.
Namun hakim Sautner memberi keizinan Lohan menyambung sesi kedua pengambaran bersama majalah Play Boy sebelum ke penjara.
Menurut berita yang dipetik dari laman www.ContactMusic.com, Lohan mengaku salah kerana gagal dalam melaksanakan kerja komuniti yang diperintahkan oleh pihak makhamah.
Lohan dikatakan bersedia menjalani hukuman penjara selama 30 hari seperti yang diperintahkan oleh Sautner.
Dia diwajibkan menjalani hukuman tersebut mulai 9 November 2011.
Khabar angin mengatakan kemungkinan Shawn Holley, penguam bela Lohan meminta agar hukuman itu diringankan.
Ini kerana sekiranya Lohan dipenjarakan ketika ini maka dia terpaksa melanggar kontrak yang telah dibuat bersama majalah Playboy.
Sebelum ini MyNewshub.my melaporkan Lohan bakal berbogel dalam majalah Playboy selepas mendapat tawaran sebanyak AS 1 juta dolar.
Portal hiburan TMZ melaporkan, Lohan sebelum ini menolak tawaran awal Playboy berjumlah AS$750,000 namun bersetuju menandatangani perjanjian selepas mendapat tawaran bernilai jutaan dolar.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...