Wednesday, November 2, 2011

Lewis buru gelaran juara


LEWIS bakal menjadi penyeri Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor 2011.

PEMAIN England, Tom Lewis bukan pemain yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat golf dunia.
Begitupun, kejayaan cemerlang ketika menjuarai Kejohanan Golf Portugal Masters baru- baru ini telah menjadikannya antara pemain yang perlu diberikan perhatian pada Terbuka Iskandar Johor 2011 bulan ini.
Lewis, 20, mencipta kejayaan pertama apabila membuat kejutan memenangi Portugal Masters iaitu penampilan ketiganya sebagai pemain profesional dan dia mencipta rekod sebagai pemain profesional paling cepat meraih gelaran juara.
Rekod sebelum ini dipegang oleh bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods yang muncul juara se- lepas membuat lima penampilan.
Sementara itu, sebagai perbandingan, pemain muda ternama, Rory McIlroy pula hanya menang setelah mengharungi 38 kejohanan.
"Saya tidak menyangka begitu cepat untuk menang buat pertama kali dan kejayaan ini cukup melegakan kerana saya tidak perlu bersaing se- mula dalam Tour School penghujung tahun ini," kata Lewis yang mencatat lima birdie pada tujuh lubang terakhir, sekali gus membolehkan dia dinobatkan sebagai juara dengan kelebihan dua pukulan di Portugal Masters.
Kemenangan tersebut membolehkan pemain dari England itu menja- min tempatnya bersaing dalam Jela- jah Eropah untuk tempoh dua tahun akan datang.
Kejayaan itu turut membantu Lewis memperbaiki kedudukannya daripada ranking ke-455 dunia ke tangga ke-166.
Ia turut melonjakkan dirinya ke tempat ketiga dalam kedudukan kutipan mata pada kempen Piala Ryder dan lebih penting dia berada pada senarai 60 pemain The Race To Dubai.
"Saya tidak begitu memikirkan soal wang kerana bagi saya, apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan. Perjalanan saya masih jauh dan kemenangan ini saya lupa- kan seketika.
"Apa yang lebih penting, saya perlu menghadapi tahun depan yang lebih mencabar," ujar Lewis yang mempamerkan aksi cemerlang apabila melakar 22 birdie dan satu bogey selepas mengharungi 52 lubang.
Pada Kejohanan The Open, Julai lalu, Lewis muncul sebagai pemain amatur pertama dalam tempoh 40 tahun mencatat pukulan terendah iaitu 65 pukulan pada aksi hari pertama kejohanan itu.
Dia menamatkan saingan itu di tempat ke-30 dan dianugerahkan pingat perak sebagai pemain amatur yang mencatat pukulan terendah.
Selepas itu, Lewis turut membantu kemenangan Britain dan Ireland pada Kejohanan Piala Walker sebelum menjadi pemain profesional apabila menyertai Kejohanan Alfred Dunhill.
Dia turut menampilkan aksi cemerlang untuk berada dalam kedu- dukan 10 pemain terbaik di Terbuka Austria.
Atas kejayaan tersebut, Lewis kini berpeluang untuk merangkul gelaran pada kejohanan bernilai AS$2 juta (RM6.1 juta) apabila membuat penampilan pertama di Horizon Hills Golf & Country Club dari 17 hingga 20 November ini.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...