KUALA LUMPUR – Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digodam semalam telah aktif kembali hari ini.
Laman web berkenaan yang digodam pagi semalam, telah diaktif malam semalam tetapi ditutup kembali tidak berapa lama selepas itu.
Tindakan godam dipercayai dilakukan pihak tertentu dari Indonesia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan perbuatan menggodam laman web 1Malaysia sebagai sabotaj luaran yang ada kaitan dengan kemenangan pasukan bola sepak negara di Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.
Menurut beliau, sejak Malaysia menang perlawanan bola sepak tempoh hari, sudah 129 godaman dilakukan terhadap laman-laman web di negara ini.
“Perbuatan ini benar-benar macam kata pepatah `tak dapat tanduk telinga dipulas,”
“Hanya manusia curang dan tak cukup akal tergamak berbuat demikian. Sukan dan olahraga patut tinggal sukan dan olahraga tak sepatutnya diterjemahkan kepada lain-lain perbuatan balas dendam,” kata beliau kepada Mynewshub.my.
No comments:
Post a Comment