Wednesday, November 16, 2011

Laluan skuad hoki negara berliku





“BUKAN sahaja Korea Selatan tetapi Ireland juga mampu memberi ancaman kepada kami.”Demikian pandangan yang disuarakan pemain tengah skuad hoki negara, Mohd. Syukri Abdul Mutalib menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bakal bermula pada Mac tahun depan.
Menurut Syukri, selain Korea Selatan, kemampuan Ireland juga tidak boleh dipandang mudah oleh barisan pemain negara kerana pasukan itu juga mampu melakarkan kejutan pada bila- bila masa.
Jelasnya, Malaysia sendiri pernah dikejutkan selepas tewas 1-3 kepada Ireland pada Kejohanan Hoki Inset di Paris, Perancis.
“Dari situ kita sudah boleh nampak. Ireland memang merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mereka juga pernah menewaskan juara Eropah, Sepa- nyol sebelum ini.
“Jadi... apabila turun menentang Ireland, kita perlu berhati-hati kerana seba- rang kesilapan yang dilakukan hanya akan mengundang padah kepada pasukan,” jelas Syukri ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain Korea Selatan dan Ireland, Malay- sia turut diundi bersama-sama Rusia, Chile serta Ukraine pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung di Dublin, Ireland bermula 11 hingga 18 Mac tahun depan.
Hanya juara setiap pusingan akan mara ke Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlang- sung di London.
Selain Dublin, dua lagi pusingan kelaya- kan untuk pasukan lelaki akan berlangsung di New Delhi, India pada 15 hingga 26 Februari serta di Kakamigahara, Jepun pada 25 April hingga 6 Mei.
India bakal mengetuai saingan di New Delhi bersama-sama Kanada, Perancis, Poland, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sepanyol yang diundi bersama-sama China, Austria, Republik Czech serta Cuba, akan beraksi di Kakamigahara.
Tambah Syukri, kempen kelayakan kali ini sememangnya penting buat barisan pemain skuad hoki negara yang dalam misi untuk menamatkan kemarau beraksi pada temasya berprestij dunia itu.
“Sebagai pemain, memang impian kami (pemain-pemain Malaysia) untuk beraksi pada Sukan Olimpik.
“Sebab itu, kami tidak akan mempersia- siakan peluang yang ada ini untuk memas- tikan skuad negara layak ke Sukan Olimpik.
“Saya sendiri berazam untuk memberi- kan aksi terbaik sekiranya disenaraikan,” kata Syukri yang kini beraksi bersama Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mara ke Sukan Olimpik ialah pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...