Kolonel Moammar Gaddafi menghabiskan minggu-minggu terakhirnya dengan mengais-ngais makanan dan bersembunyi di rumah-rumah yang ditinggalkan penghuninya di kota kelahirannya, Sirte.
Hal itu diceritakan oleh salah seorang anggota klannya yang masih hidup, Mansour Dao. Bekas pemimpin Libya itu, yang telah menikmati kekayaan selama masa pemerintahan, pada hari-hari pelariannya hidup tanpa perkara-perkara asas zaman moden seperti elektrik. Ketika itu para pemberontak Libya terus menyerang masuk ke Sirte.
Dalam sebuah wawancara eksklusif dengan CNN yang disiarkan Isnin lalu (7/11/2011), Mansour Dao yang juga salah seorang pegawai kanan Gaddafi, menceritakan kejatuhan mengejut pemimpin paling lama Libya itu.
Dao berbicara dari tempat tahanannya di Misrata. Dia memberitahu bagaimana Gaddafi bertahan hidup dengan menelan sisa-sisa makanan yang ditemukan di rumah-rumah kosong dan bagaimana beliau asyik baca buku.
Dao menggambarkan perilaku ‘tak terduga’ Gaddafi saat para pemberontak Libya mengasak ke Sirte, dan bagaimana beliau merancang untuk pergi ke tempat kelahirannya, Jaref, sebuah desa yang berjarak 20 kilometer di barat Sirte. Dao, yang menentang rencana ke Jaref itu, mengatakan, “Beliau sangat khuatir dan serba tidak menentu – itu mungkin terjadi kerana beliau takut. Beliau ingin pergi ke desanya, mungkin ingin mati di sana atau menghabiskan saat-saat terakhir di sana.”
Dao mengatakan, mantan pemimpin berkenaan ketika itu percaya bahawa beliau masih tetap pemimpin tertinggi Libya. Itu menjelaskan keadaan Gaddafi itu dengan mengatakan, “Tidak mudah bagi seseorang yang telah berkuasa selama 42 tahun untuk percaya bahawa eranya telah berakhir dalam sekelip mata.”
Ketika ditanya, apakah Dao menyesal telah menjadi sebahagian dari rezim Gaddafi? Dao menjawab, “Kadang-kadang saya menyesali segala sesuatu, saya bahkan menyesal tetap hidup. Tentu saja seseorang memiliki penyesalan pada suatu waktu dalam hidupnya dan melihat kembali ke belakang. Namun sayangnya, kadang-kadang anda menyesal ketika (penyesalan) itu sudah sangat terlambat.”
Dao, yang dikenal sebagai ‘kotak hitam’ dari rejim Gaddafi kerana pengetahuannya yang mendalam tentang sejumlah rahsia gelap Libya, menghadapi dakwaan berhubung peranannya dalam pembantaian di penjara Abu Salim pada tahun 1996 dan keterlibatannya dalam merekrut tentera upahan Afrika selama konflik yang berujung pada kejatuhan rejim tersebut. Namun dia membantah tuduhan itu.
Dalam wawancara sebelumnya seperti disiarkan Daily Mail, Dao, yang bersama Mutassim (salah seorang anak Gaddafi) dan rombongan berjumlah 24 pengikut setia beliau yang bersedia mati mendampingi Gaddafi, menceritakan bagaimana Gaddafi menyerahkan pertempuran pada anak-anaknya. Gaddafi sendiri, menurut Dao, memilih untuk menyedut teh di atas kompor batubara dan menuliskan catatan dalam jurnalnya. Dao mengatakan, “Beliau (Gaddafi) tidak memimpin pertempuran. Anak-anaknya yang melakukan itu. Dia tidak merencanakan apa pun atau memikirkan rancangan apapun,”.
Menurut Dao, pada hari penangkapan Gaddafi, sebuah konvoi yang membawa para pengikut setianya, mantan pemimpin Libya itu dan Dao yang naik sebuah Toyota Landcruiser, memecut laju untuk keluar dari Sirte dalam cubaan untuk melarikan diri. Namun mereka terhalang dengan serangan udara NATO. Gaddafi dan Dao terluka dan ditangkap. Beliau kemudian meninggal dunia.
Para pegawai Libya menyatakan, Gaddafi terbunuh ketika berbalas tembak antara pejuang revolusioner dan loyalis. Namun rakaman video yang beredar menunjukkan bahawa Gaddafi dipukul dan diseksa oleh para penangkapnya. Pemerintah sementara Libya telah setuju, atas tekanan antarabangsa, untuk membuka siasatan terhadap kematiannya.
Dao mengatakan, dia sendiri tak sedarkan kerana luka-lukanya sebelum penangkapan Gaddafi dan tidak tahu apa yang terjadi pada pemimpin berkenaan. “Saya merasa kasihan padanya kerana meremehkan situasi itu,” kata Dao. “Beliau boleh saja pergi dan lari ke luar negeri lalu hidup bahagia.”
Masih menurut Dao, selama di Sirte, kumpulannya berpindah tempat persembunyian setiap empat hari. Para loyalis di kota itu dibawah arahan Mutassim, yang memimpin sekitar 350 orang. Banyak dari mereka kemudian melarikan diri dan menjelang akhir pertempuran, kekuatan mereka hanya tinggal sekitar 150 orang sahaja.
Dao menzahirkan keadaan terakhir Gaddafi dengan mengatakan, “Beliau tertekan, beliau benar-benar marah. Seringkali beliau hanya sedih dan marah. Beliau percaya rakyat Libya masih mencintainya, bahkan setelah kami mengatakan bahawa Tripoli telah diduduki. (Sumber Asal: Kompas)
No comments:
Post a Comment