Friday, November 11, 2011

Imej budak nakal Ibrahimovic



IBRAHIMOVIC bergambar bersama beberapa buah buku autobiografinya yang bertajuk I am Zlatan di Stockholm, Sweden.
















dan alhamdullilah beliau adalah seorang Muslim!

STOCKHOLM - Penyerang pasukan AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menyatakan kecederaan patah tulang rusuk yang dialami dalam insiden pergaduhan dengan bekas rakan sepasukannya, Oguchi Onyewu yang merupakan pemain pertahanan Amerika Syarikat mungkin berakhir dengan lebih teruk sekiranya tidak dileraikan oleh rakan-rakan pasukan mereka.
Dalam autobiogarafi yang bertajuk I am Zlatan itu, Ibrahimovic memberitahu pergaduhan pada November tahun lepas bermula selepas dia membuat terjahan keras ke atas Onyewu ketika sesi latihan pasukan Milan.
Katanya, pergaduhan itu bukannya pertengkaran kecil. Ia seperti masalah hidup dan mati. Selepas semuanya tenang, mereka berdua bersalaman dan barulah Ibrahimovic mendapati bahawa tulang rusuknya patah.
Kekal dengan imej budak jahat dalam buku tersebut, Ibrahimovic juga menceritakan siri pergaduhannya dengan beberapa orang pemain lain dan jurulatih sepanjang kariernya termasuk pertengkaran dengan jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Ibrahimovic menyertai Barca dari Inter pada Julai 2009, dalam perjanjian pertukaran dengan Samuel Eto'o bernilai AS$66 juta (RM208 juta).
Dia menjaringkan 16 gol dalam liga Sepanyol, tetapi sering tercicir daripada barisan utama pasukannya dan menyalahkan jurulatihnya terutama selepas penyertaan Lionel Messi.
Dalam pada itu, Ibrahimovic memuji Fabio Capello yang kini menjadi pengurus England yang merupakan jurulatihnya ketika dia menyarung jersi Juventus. Selain Jose Mourinho, bekas jurulatih Inter Milan yang kini di Real Madrid.
"Jika Mourinho memasang lampu bilik, Guardiola pula menarik tirai," tulis Ibrahimovic di dalam buku yang ditulis bersama seorang pengarang, David Lagercrantz.
Ibrahimovic berkata dia pernah merasakan seperti orang asing dalam skuad Barcelona dan pernah terfikir untuk berhenti bermain bola sepak. Dia kemudian beralih ke kelab Manchester City.
"Saya tidak mempunyai masa untuk perancangan jangka masa panjang dan wang bukanlah perkara utama,"katanya.
"Saya mahu menyertai pasukan yang terbaik dan tidak ada pasukan yang terhebat seperti Milan di Eropah."
Pemain kebangsaan Sweden berusia 30 tahun itu berkata, personalitinya banyak dipengaruhi oleh persekitaran tempat tinggalnya yang dihuni pendatang haram di Malmo, selatan Sweden.
Ibu bapanya berpisah ketika dia berusia dua tahun. Keluarganya terlibat dalam penyalahgunaan alkohol dan dadah.
Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah seperti mencuri basikal dan barangan di kedai. Ibrahimovic juga mengaku dia mungkin terjebak ke dalam dunia jenayah sekiranya tidak fokus dalam bola sepak. - AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...