Tuesday, November 8, 2011

Hati Si Ratu Cantik Nadine Milik Jejaka Hawaii

Hati Si Ratu Cantik Nadine Milik Jejaka Hawaii
Semakin aktif bergelar pelakon, perasaannya si Ratu Cantik Universe Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas, 24, kini sedang menerawang jauh ke pulau indah, Hawaii terkenangkan kekasih hatinya di sana.
Ketika ditemui portal murai.com.my sempena pelancaran butik pertama pereka fesyen antarabangsa Michael Kors di Pavilion semalam, dia mengakui, perasaan yang dialaminya kala ini cukup indah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Apatah lagi jejaka berwajah maskulin, tinggi lampai, bertubuh sasa dan memiliki tattoo itu bakal dipertemukan kepada kedua ibu bapanya di sini, dalam masa terdekat.
"Dia adalah lelaki pertama dalam hidup saya yang akan saya perkenalkan kepada keluarga saya. Entahlah, mungkin saya rasa dialah pilihan tepat buat saya.
"Tapi untuk mendirikan rumah tangga, mungkin agak terlalu awal kerana usia kami masih muda," katanya sambil tersenyum.
Tanpa berselindung, Nadine telah berkongsi potret mereka berdua yang terpamer di telefon bimbitnya kepada murai.com.my.
Jelas kelihatan kemesraan mereka berdua, bagaikan pinang di belah dua.
Tambah Nadine, jejaka yang dikenalinya ketika menghadiri pertandingan akhir Miss Universe 2010 di Las Vegas lebih setahun lalu itu terlalu istimewa dan memiliki ciri-ciri tersendiri untuk dia terus mengenali hati budi masing-masing.
Katanya, meskipun dia tewas membawa gelaran atau mendapat sebarang tempat di Miss Universe 2010, namun dia tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya dia telah dipertemukan dengan seorang jejaka yang benar-benar ikhlas ingin mengenalinya dengan lebih rapat.
"Kali pertama bertemu dengannya, saya sudah dapat rasakan getarannya. Cukup sweet, kerana dia sudi menemani saya dalam sebuah majlis dan sehingga majlis itu tamat dia masih lagi bersama saya.
"Pada awalnya saya agak gusar dan berfikir adalah lebih baik untuk memberikan sedikit ruang buat kami berdua kerana saya beranggapan hubungan kami takkan ke mana kerana faktor jarak yang terlalu jauh.
"Tapi, saya dapat lihat kesungguhannya. Kami sering berkomunikasi melalui internet dan juga menghubungi satu sama lain menerusi Skype. Pendekatannya itu membuatkan saya lebih yakin bahawa dia sangat bersungguh-sungguh dalam perhubungan kami," jelasnya.
Selain aktif dalam bidang lakonan, Nadine juga giat memdalami bidang muzik sebagai deejay dan kini bernaung di bawah pengurusan R Talents.
Nadine menambah, selepas memperkenalkan jejaka berkenaan kepada kedua ibu bapanya tidak lama lagi, dia akan mengambil cuti panjang untuk mengisi masa di Hawaii bersama-sama pengarang jantungnya itu untuk lebih mendalami hati masing-masing.

@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...