SEREMBAN – Tiada yang menggembirakan bagi pasangan kembar tiga dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, di sini, apabila mereka berkongsi kejayaan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
Walaupun tidak mengikuti kelas tuisyen, ia tidak menghalang Anis Adlien Azmi, 12, Anis Adliena dan Mohamad Adlie mencapai keputusan cemerlang.
“Penerangan yang diberikan guru sudah mencukupi jika kita memberi tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas.
“Walaupun kami kembar dan boleh belajar berkumpulan, saya lebih suka belajar sendiri kerana mudah fokus,” kata Anis Adlien yang juga kakak kepada kembar tiga ini.
Sementara itu, Anis Adliena berkata, antara mereka bertiga, Anis Adlien yang lebih cemerlang dan dia diibaratkan seperti guru.
“Kami memang belajar sendiri tapi selalu berbincang jika tidak faham. Biasanya kakaklah yang menjadi rujukan.
“Saya gembira dan bersyukur kerana kami dapat keputusan sama dan bagi saya ini adalah hadiah 15A untuk ibu serta ayah,” katanya.
Mohamad Adlie pula berkata, dia selalu ingat pesanan orang tua supaya tidak meninggalkan solat dan sentiasa menghormati guru.
“Kami sekeluarga selalu mengadakan solat jemaah di rumah dan membaca Yasin,” katanya.
Sementara itu, ibu bapa mereka, Azmi Basir dan Azizah Abdullah turut melahirkan rasa syukur atas kejayaan anak kembar mereka.
“Saya yakin mereka boleh dapat 5A tapi risau juga kerana ketika peperiksaan percubaan hanya Anis Adlien yang dapat 5A, sementara dua lagi dapat 4A,” katanya.

@sinarharian@com.my
No comments:
Post a Comment