Kenapa kami suka buat entri membuang ruang tentang muka hadapan majalah?
Sebab kami mempunyai minat lain macam dengan penerbitan majalah — mana tahu, satu hari kami akan ada majalah sendiri.
Majalah JELITA edisi Disember 2011 menampilkan aktress remaja popular, Siti Saleha sebagai penghias muka hadapan dengan tema merah jambu atau merah atau sumpah kami tidak pandai nama warna fesyen.
Ketika membelek isi kandungan yang memaparkan kisah terbaru Siti Saleha, tiada apa yang luar biasa selain perkembangan kerjaya beliau yang semakin positif termasuk tawaran berlakon yang tiada henti.
Siti Saleha bakal berlepas ke United Kingdom awal Disember ini dan anda di’Malaysia boleh menikmati gambar terbaru beliau dalam majalah JELITA sepanjang bulan hadapan.
@rotikaya.com
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment